Header Ads

'Ain baru nak hidup dah tempuh ujian sebegini rupa' - Kisah perjuangan ibu merawat anak ekzema

'Ain baru nak hidup dah tempuh ujian sebegini rupa' - Kisah perjuangan ibu merawat anak ekzema



Perkongsian oleh Puan Su Ismail mengenai perjuangan merawat anaknya yang dikesan menghidapi ekzema. Semoga bermanfaat kepada semua.

MUHAMMAD IZZ ZULKARNAIN
KESAYANGANKU

……………………………………………………….

Nama timangannya ain; bermaksud mata… ain dilahirkan normal sehinggalah usianya mencecah 45 hari, mukanya naik ruam-ruam kecil.. biasala tu ingatkan ruam susu, tapi lama kelamaan makin teruk dan semakin teruk. Rupa-rupanya, ain ada ekzema, sama macam kakaknya…

so, mama merawat ain berdasarkan pengalaman mama merawat kakaknya dulu.. bezanya lagi detail sebab ain yang pling teruk sekali ekzemanya.. mama memilih rawatan tanpa steroid antaranya minyak zaitun dan homeopathi… duit berhabis xpayah cakapla, jika dihitung-hitung berpuluh ribu sudah namun hari makin hari ain semakin menderita… pantang itu pantang ini, tukar ubat tu tukar ubat ni, semuanya tak serasi.. ke sana sini walau jauh tetap redah bawak ain berubat ..

24 jam kerjanya menggaru saja… 24 jam juga mama mengadap dia.. tidurnya tak lena… 1 jam sekali lelap pon susah… perkembangannya terganggu.. ain langsung tak nak senyum..mukanya masam…stress barangkali.. hanya terlantar dan menggaru..

tidur tangan berikat berbedung..mama trpaksa..maafkan mama…ain stress mama juga stress..kadang-kadang kehidupan mama juga terganggu… ain menangis, mama juga berendam air mata. tapi tak mengapalah, mama dah lama hidup… ain baru nak hidup dah tempuh ujian sebegini rupa… mama tau ain kuat dan dugaan ini jugalah buat mama kuat…

sehinggalah ain dimasukkn ke wad untuk pertama kalinya berkaitan masalah pernafasan masa usianya 3 bulan.. kat sana doktor tengok keadaan ekzema ain teruk, dan dia suruh pakai hydrocote kat part yang berair tu..
cun sehari dah kering dan doktor suruh teruskan… area lain mama maintain minyak zaitun…

ain ekzema 1 badan tapi part yang paling teruk adalah leher ke atas.. dengan keadaan lehernya berlipat-lipat menambahkan lagi seksa ain… part leher ke atas sentiasa berair.. kedua-dua telinganya tak payah cakap la.. seksa rasanya.. di sisi ain sentiasa ada tisu dan kain lap.. dalam beg mama, dalam poket, dalam kereta..kemana saja kami pergi itu adalah barang wajib selain daripada minyak zaitun…

sampai satu tahap part yang berair td makin teruk, dah tak lut dah guna hydrocote… dr situ mama nekad nak stop habis-habisan any streroid cream…
adalah dalam 3 minggu rasanya on steroid cream..

bantal ain, kain alas tidurnya hari-hari kena tukar..kadang-kadang bangun tido pg kain alas kepalanya melekat-lekat di tempat yang berair… pakaianya sehari 3 4 kali mama tukar… rendam dengan air panas bagai… kehidupan kami bertukar sama sekali…boleh bayangkan tak.. rumah dah tak sapu, pakai vacume terus 😂😂😂
karpet tikar sume gulung simpan stor.. makan mandi tidur mama semuanya ala kadar saja..berlari-lari mama uruskan diri mama sebab tak nak lepaskan awak.. nanti awak menggaru habis berdarah-darah, mama takut 😫😫😫

selain ekzema, ain selalu warded sebab masalah bronchoapneumonia aka jangkitan kuman pada paru-paru aka semput.. maafkan mama kalau salah mama bukan doktor 😂😂
hospital rumah kedua…sedih sebab tiap kali on antibiotik ekzemanya bertindak balas teruk.. makin teruk.. dengan line di badan, tangan menggaru-garu azabnya awak sayang..line paling lama bertahan 2 hari… sekali masuk line setengah jam memang tak sah.. menjerit-jerit menangis..mama stress tiap kali line ain rosak..doktor-doktor pon paham kalau ain memang sangat susah nak cari line.. pernah antibiotik ain diberi secara IM (inject terus ke otot)… ye sakit, sangat sakit tapi mama terpaksa benarkan..

11 bulan usia ain, masa tu ain warded ada seorang hamba Allah wasap mama dan tunjuk kat mama gambar anak dia ekzema dan dah pulih.. mama nekad nak bawak jugak ain ke sana..at least kalau tak serasi pon mama dah cuba.. cuma kos rawatannya agak tinggi sedikit dalam keadaan mama tak bekerja..

kebetulan, minggu depannya mama ada masuk event meniaga di Kuantan..dalam hati mama doa banyak-banyak biar ramai orang beli baju kat mama.. mama nak bawak ain berubat..mama nak kumpul duit..

alhamdulillah mama berjaya bawak ain berubat.. hari pertama mama bawak ain ke sana adalah pada tarikh hari jadi mama yang ke 32.. now ain dah 3 bulan dengan rawatan yang sama dan mama akan teruskan sampai ain benar-benar sembuh..

ubat ain berasaskan herba samada makan or sapu.. ada su sertakan sekali kad dimana ain mendapatkan rawatan.. bolehla direct tanya pada doktor tersebut.. kadang-kadang yang pm su memang akan lambt su balas.. jangan risau dr.tee very friendly orgnya dan kos rawatan setiap pesakit tak sama. bergantung pada keadaan pesakit..

sekarang ain dan setahun 3 bulan.. baru nak belajar meniti.. dah banyak senyum, banyak main..perkembangannya nampak laju dan positif.. masih lagi menggaru tapi tak seteruk dulu..sangat-sangat kurang…

oh lupa nak bgtau, ain alergi dengan gandum, soya dan susu lembu…

bagi su ekzema ni dah jadi satu penyakit biasa dikalangan kita.. rawat luaran saja memang tak jadi.. klo ok pon 3 hari paling lama then jadi balik.. so berdasarkan pengalaman su, nak rawat ekzema, rawatla dalaman dulu.. dalaman ok, baru terlihat diluaran 😀😀

doakan ain terus sembuh ye.. kami tak mahu lagi tempuh mimpi ngeri.. biarlah dia terus hilang, sekurang-kurangnya kalau mama dah takda ain mampu mengurus dirinya sendiri.. sekurang-kurangnya ain tau mama dan papa dan buat sehabis baik dalam memastikan ain sembuh..

Lama dah su nak share pasal ain, cuma harini baru diberi ruang..ain pon makin sembuh, su pulak makin bz 😅😅

Semoga Allah izinkan dengan asbab berubat herba ni ain terus sembuh dan pulih sepenuhnya…

Ain kesayanganku, mama sayu mengenangkan perjuanganmu…jika mama ditakdirkan mati dalam masa terdekat ni, mama dah lega dengan keadaan awak sekarang… mama redha..

Pengorbanan mama dan papa suatu hari nanti jika tak dikenangkan, takpe mama ikhlas dan mama redha.. selamanya mama sayang ain….

silakan share jika rasa kisah ain bermanfaat 😀😀

su
13/7/2017
11.27 am

KRONOLOGI BERGAMBAR



Powered by Blogger.