Header Ads

"Aira anak syurga... Damailah di sana..."

"Aira anak syurga... Damailah di sana..."


“Aira dah tak ada... tak sempat nak pakai gelang yang kami hajat untuk beli untuknya,” kata Nurul Riduan Nor Ashaha yang kehilangan anak sulungnya berusia empat bulan.

“Kami sudah tengok di beberapa kedai, dan ada yang berkenaan, tapi nak beli dalam masa beberapa hari lagi.

“Namun tak ada rezeki buat Aira,” katanya.

Nurul Riduan, 32, dan isterinya Norhafiza Che Abdullah, 27, yang juga wartawan Sinar Harian reda dengan pemergian puteri sulung mereka pada jam 3.05 petang semalam.

Aira Amira Nurul Riduan empat bulan disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam selepas beberapa jam diberikan susu.

Menurut Nurul Riduan, kali terakhir dia bertemu anaknya adalah pagi tadi ketika menghantarnya ke rumah pengasuh.

“Aira macam biasa sahaja. Ceria. Pada jam 2.20 petang, pengasuh menghubungi saya dan memaklumkan keadaan Aira yang tidak sedarkan diri ketika dalam buaian dan minta saya ke klinik kesihatan.

“Anak saya dibawa terus ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan meninggal dunia pada jam 3.05 petang,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Nurul Riduan berkata, selepas pengasuh memberikan susu, dia meletakkan Aira di dalam buai. Selepas beberapa jam muka anaknya mula kebiruan dan tidak sedarkan diri.

“Pengasuh yang bawa anak saya ke klinik. Doktor di sana cuba menyelamatkan anak saya, tetapi ALLAH SWT lebih sayangkan dia,” katanya.

Jenazah bayi berkenaan telah dikebumikan di kampung bapanya di Felda Besaout 4, Perak.

Sumber: Sinar Harian

Powered by Blogger.