Header Ads

"Di saat 'orang' buang saya, awak je sudi kawan" - Kisah cinta sejati berakhir di jinjang pelamin

"Di saat 'orang' buang saya, awak je sudi kawan" - Kisah cinta sejati berakhir di jinjang pelamin


Cinta sejati... definisi yang sukar diterjemah. Malah ramai yang masih sangsi adakah benar cinta sejati itu wujud? atau sekadar kisah yang bermain di kaca tv?

Namun, dalam nukilan Mardiana Muhammad mengenai kisah percintaannya dengan suami menunjukkan bukti cinta sejati itu memang wujud.

My dear husband..

Di saat 'orang' buang saya lima tahun lepas, awak sorang je yang sudi kawan dengan saya. Ye laa sape yang nak kawan dengan orang sakit (hepitatis B). Saat saya lost, takde semangat, malas p kelas. Tuhan hantar awak, even kita satu kos, satu batch selama 5 sem kat uitm kita tak penah kenal each other.

Saat saya sakit Allah hantar awak jumpa saya, (sem6) Time tu kekawan saya pujuk pegi kelas pon saya dah tak heran, family saya tak tahu pon saya tak pegi kelas. Tiba tiba je awak muncul dalam hidup saya, nak kawan dengan saya. Saat saya bagitahu saya sakit awak makin rapat dengan saya. Hari hari awak pujuk saya pegi kelas, ajak saya pegi library, study sama sama, makan nasi bungkus share sebungkus share duo orang. Sampai saya tak ingat saya ni sakit. Tiap kali waktu kena makan ubat awak datang kolej suh saya makan depan depan awak. Kalau tak saya buang dalam sinki. Pointer awak dengan saya naik mendadak kan mase part 6. 3. something.

Mana mungkin saya tak jatuh cinta dengan awak. Saat saya ada monthly checkup awak yang teman saya, time tu saya nak uji awak je. Ayah pon heran kenapa laa saya kata ayah just hantar pegi hospital pastu suruh ayah balik, biasa nya memang saya tak boleh kalau ayah takde. Tapi sebab saya nak uji awak saya suruh ayah balik, saya suruh awak mai. Subuh subuh awak datang hospital naik moto. Saya nampak awak mengantok, sejuk tapi awak gigih mai teman saya check up.

Lepas saya keluar dari bilik doktor muka awak nampak resah sangat, saya senyum. Awak tanya doktor cakap apa. Saya hulur kertas (negatif hep B). Ya Allah time tu awak raup raup muka awak then cakap alhamdulillah kuat sangat, saya nampak awak happy. 

Banyak sangat kenangan kita tak tertulis rasanya. Tapi hubungan mana yang selalu manis? Tipu lah. Saat kita tunang setahun lima bulan, waktu yang sangat sangat kritikal. Memang boleh kata awak kuat saya pon kuat, kalau tak kuat kita tak boleh sampai tahap sekarang. Banyak sangat ujian Allah bagi. Ujian yang tak penah saya mengadu kat family or sape sape. Hanya Tuhan je yang tahu.



Semoga kita terus kuat mengahadapi ujian dalam berumahtangga pula. Saya tahu akan ada ujian yang hebat lagi lepas ni, semoga kita sama sama kuat. Bagi saya, takde istilah lepas kawen baru tahu perangai sebenar pasangan, lepas kawen baru tahu langit tinggi ke rendah.

Saya tak setuju, setiap orang akan diuji cuma cara kita berbeza. Bagi saya kita kena bijak handle masalah, jangan penah dengar kata kata orang lagi lagi yang negatif. Takde yang sempurna dalam dunia ni, takde istilah kentut time couple wangi time kawen busuk. Same je time couple pon dah memang busuk kentut suami saya 😂

Paling tak suka orang yang negatif post macam macam pasal hal kawen, aibkan suami sendiri. Abe long saya pesan bahasa mudah dia kata " peja majikan, adik pekerja". Kalau bos cakap oke mardiana harini awak kena pos barang pukul3 petang maka pukul3 petang lah kena pos kan? Sama lah macam suami kena sentiasa ikut arahan dia sebab tanggunjawab dia galas sangat besar, syurga ada pada dia. Jangan penah ingkar arahan dia.

Ehh panjang pulak bebel. Hahaha. Semoga kasih sayang kita akan berpanjangan. Saya tak penah kesah orang orang negatif yang nak mengata elehhhh baru kawen dua minggu boleh laa sweet sweet. Tengok laa lepas ni macam mana. No! Saya kenal suami saya. Dah kalau suami awak macam tu takyah nak libat kan orang lain. Setiap orang tak sama. Dia bukan jenis seorang yang puji pasangan, dia tegas dari dulu lagi. Kalau salah, salah. Salah dia marah. Salah dia tegur. Gemuk dia cakap gemuk hudoh takde nya kalau aku gemuk dia cakap cantik sayang. ' udoh laa mekna beci ngelih ehhh' .Hohoho.

Sebelum kawen pon sejuta kali dia tanya " betol ke nak kawen ni awak tahu perangai saya macam mana kan? Mana mungkin saya ragu ragu dengan orang yang sambut saya saat orang lain buang saya.

I love you my dear husband jojel kaki panjang



Powered by Blogger.