Header Ads

"FITNAH manusia cukup mengguris hati dan perasaan keluarga kami" - Abang Arwah

"FITNAH manusia cukup mengguris hati dan perasaan keluarga kami" - Abang Arwah

 

"Ajal maut dan jodoh ketentuan ilahi"

Itulah kata-kata yang terbit dari abang arwah Cikgu Siti Rohana Redzuan yang meninggal dunia dalam keadaan yang penuh syahdu.

Walaupun redha dengan pemergian adiknya, sebagai wakil keluarga, dia mengatakan andaian yang dibuat oleh ramai netizen sedikit sebanyak mengguris hati dan perasaan keluarga mereka.

"Fitnah manusia cukup mengguris hati dan perasaan keluarga kami.... anda yang tidak faham situasi sebenar dengan membuatkan cerita ini menjadi panas cukup-cukuplah" Tulisnya dalam mesej ringkas kepada page kami.
Mesej yang kami terima dengan kebenaran abang arwah
Tambahnya lagi, dia berharap agar netizen menghormati perasaan adik beradik dan ahli keluarga kedua-dua pihak.

Sudah tentulah pada saat kedua keluarga ini sedang berduka, perkara terakhir yang ingin dilihat mereka ialah kata-kata yang tidak enak mengenai arwah dan keluarga mereka. Kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir, maka biarlah kisah ini menjadi iktibar buat kita semua.

Powered by Blogger.