Header Ads

"Hidup ikut peredaran zaman" - Ber'webcam' dengan tunang dari jarak jauh. Sweetnya...

"Hidup ikut peredaran zaman" - Ber'webcam' dengan tunang dari jarak jauh. Sweetnya...



Sememang sudah menjadi adat Melayu dalam majlis pertunangan, lelaki tidak perlu hadir ke rumah wanita. Namun pada masa kini, sudah menjadi kelonggaran di mana lelaki berada di luar rumah wanita dan dibenarkan masuk ke rumah setelah majlis telah selesai.

Lain pula kisah bagi pasangan ini, ekoran si lelaki tidak dapat balik kerana berada jauh di negara matahari terbit, Jepun, maka mereka memanfaatkan kecanggihan teknologi dengan menggunakan video cam untuk berhubung secara jarak jauh.

Menarik dan belum pernah dilakukan sebelum ini, gambar dan video pasangan tersebut menjadi tular dan pasangan lain yang bercadang untuk bertunang pula seakan mendapat idea darinya.

Mengikut update dari Amirah, wanita dalam video yang tular itu, rancangan mereka menggunakan webcam sudah dirancang lebih awal.



Pic dari Chickaboo.my
Tunang lelakinya pula, Idham mengatakan mereka hanya mengikuti peredaran zaman. Malah, dengan berhubung dengan cara itu, dia dapat menyimpan duit untuk tiket balik dan persediaan perkahwinan seperti membeli hantaran mereka kelak.

"Hidup ikut peredaran zaman... save duit kawin haha. Amin aminnn. Arigato bro!" jawab Idham kepada rakan-rakannya yang mengucapkan tahniah.

Majlis pertunangan mereka diadakan pada 15 Julai baru-baru ini di Bukit Rambai, Melaka.

Apapun, kita doakan semoga urusan untuk majlis pernikahan buat pasangan ini dipermudahkan dan berjalan lancar. - The Alternatif

VIDEO



Powered by Blogger.