Header Ads

 "Ibu jangan lupa sambal ikan Along nak tu" - Wanita kongsi peristiwa disebalik masakan. Sedihnya...

"Ibu jangan lupa sambal ikan Along nak tu" - Wanita kongsi peristiwa disebalik masakan. Sedihnya...


Perkongsian daripada seorang ibu di dalam Group Masak Apa Hari Ni... (MAHN) mengenai kejadian yang berlaku kepada anaknya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Assalamualaikum.. Selamat tengahari semua. Saya percaya Setiap masakan pasti ada cerita atau peristiwa di sebaliknya. Harini saya nak kongsi satu masakan bersama satu peristiwa sedih yang terjadi dalam hidup saya. 5hb8 2016 hari jumaat. Setiap petang jumaat lepas habis kuliah pasti anak sulung saya bergegas pulang ke rumah. Jarak antara kedah dan perak mmang jauh tapi dah jadi rutin selama beberapa bulan dia berulang dari sg petani balik taiping Setiap cuti hujung minggu.. Ceritanya begini..



Pada petang tersebut Along telefon saya tapi saya agak sebok jadi adik dia yang jawab dan bercakap dengan Along. Katanya dia sampai lewat mungkin dalam pkul 8 malam. Dia minta saya sediakan masakan kegemaran dia. Sambal ikan tak kisahla ikan apa pon. Kuah tak nak pekat biar ceroi jer..



Kebetulan malam tu kedua orang adik Along.. Angah dan Alang p tidoq rumah tok depa.sebelom pergi Alang sempat pesan. Ibu jangan lupa sambal Along nak tu. Saya iyakan saja.. Suami saya pulak ada kl. Kerja bawa lori.jadi tinggal saya sorang kat rumah. Saya malas nak masak malam tu sebab memang dah rancang nak ajak Along teman saya kluaq p beli barang dapoq.



Saya tunggu sampai pkul 8.30 malam dia tak sampai lagi.. Hati memang dah rasa gelibang gelibu(loghat utara) untuk mkluman orang tepeng memang kebanyakkan bertutur bahasa utara na..


Ok berbalik pada cerita tadi. Saya dah mula rasa tak tentu arah.. Saya kluaq pagar umah jengok Setiap mtor yang lalu lalang.. Ya Allah awat tak sedap ati sangat ni aihh. Kau selamatkan lah anak-anak aku dan suami ku Ya Allah.. Pukul 9 saya da start kluaq ayaq mata. Saya call suami habaq kat dia Along tak sampai lagi. call tak dapat. Suami suruh sabaq. Suami cakap jgan tereyak abg jauh lagi ni.. Sat abg call kawan Along yang balik sama-sama dengan Along.. Pukul 10.30 mlm saya nmpk motor Along sampai. Orang yang bawa motor saya tak nampak sangat sebab mata saya ni rabun dan silau. Sambil kluaq nak pakai selipar saya sempat tanya.. Awat lambat long.. Ibu susah ati tunggu hang. Saya heran gak awat Along diam.. Awat Along tak buka pagaq sendiri macam selalu. Sampai dekat motor saya tengok kawan Along yang bawa motor tapi Along tak dak.. Allah… macam nak pecah jantung. Saya cuba brtenang. Hasif.. Mana ikram?. Hasif tak jawap. Hanya ayaq mata meleleh kat pipi. Hasif tak boleh nak bersuara pon.



Ya Allah.. Saya dah dapat tangkap apa yang brlaku.. Rasa gelap mata saya. Meraung saya kat situ. Semua jiran kluaq. Saya dah tak malu meraung tereyak macam budak kecik. Hasif cuma cakap sabaq.. Hospital. Tu jer.. Saya bergegas ke hospital taiping dengan jiran. Sampai jer tubuh Along dah kaku dah berbungkus. Lembik semua sendi saya.. Masa tu saya tau Along tak makan lagi sebab Along slalu balik makan kat rumah. Saya terbayang sambal yang Along minta tapi saya tak masak pon. Sesal memang sesal tapi saya manusia biasa yang takkan pernah tahu perancangan Allah kerana Dia sebaik baik perancang. Petang tu Along suruh Hasif bawa motor dia. Dia bonceng motor kawan yang sorang lagi. Arwah huzairi. Selalu Hasif yang tumpang arwah huzairi tapi janji Allah tu pasti. Dah janji Along dengan huzairi pergi mngadap penciptanya bersama sama. Huzairi meninggal di tempat kejadian manakaka Along meninggal dalam perjalanan ke hospital.



Hari ini saya masak sambal ikan pari ceroi. serta merta ingatan pada Along menerpa minda.. Along suka semua masakan saya lebih-lebih lagi sambal tak kira la sambal apapon.. Hari ni saya tak dapat nak kawal rindu pada Along jadi saya kongsikan kesedihan saya di sini. Sama-sama berdoa dan sedekahkan al fatihah untuk arwah anak sulung saya Mohd Ikram.



Powered by Blogger.