Header Ads

"Jangan salahkan abang ipar kami, dia cuba buat sehabis baik untuk keluarganya"

"Jangan salahkan abang ipar kami, dia cuba buat sehabis baik untuk keluarganya"


Hati mana yang tidak sayu melihat gambar perginya seorang ibu kepada dua anak yang masih belum mengerti apa-apa. Kisah kematian Cikgu Rohana penuh syahdu di mana dia ditemui terbaring kaku di sisi kedua bayi kesayangannya.

Rata-rata komen netizen mempersoalkan mengapa ibu yang baru habis berpantang dibiarkan bersendirian? Kenapa tidak diteman atau digajikan pembantu rumah? Namun, siapalah kita untuk persoal sedemikian. Kita tiada ditempat kejadian untuk mengetahui situasi keluarga ini...

Gambar sentuhan terakhir suami dan anak-anak arwah (Kredit: W Ireny Shamsuddin)

Perlu kita sedar tahap kewangan keluarga juga berbeza-beza. Suami arwah hanya bekerja sebagai pemandu lori. Ketika hari kejadian, mungkin sudah menjadi rutin hariannya, dia keluar bekerja sebelum fajar menyingsing dan pulang ke rumah ketika matahari melabuhkan tirainya.


loading...
 

Sudah tentu dia tidak menjangkakan kejadian ini akan berlaku. Maka tidak usahlah kita mengecam suaminya yang ketika ini sedang menghadapi dugaan yang maha besar. Semuanya sudah tersurat... cukuplah kita menjadikanlah kisah ini sebagai  satu pengajaran.



Powered by Blogger.