Header Ads

"Lelaki pun ada hak dan maruah" - Saman bekas tunang untuk tuntut ganti rugi

"Lelaki pun ada hak dan maruah" - Saman bekas tunang untuk tuntut ganti rugi


Masih ingatkah anda dengan berita yang tular awal tahun ini di mana seorang lelaki kecewa apabila tunangnya mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka 21 hari sebelum berlangsungnya majlis pernikahan yang dirancang pada 21 Januari 2017?

Apa yang lebih mendukacitakan, semua persiapan di pihak lelaki sudah disiapkan sebelum majlis tersebut.

"Kami secara rasminya tiada apa-apa hubungan 31 Disember lalu selepas berkenalan tiga tahun dan bertunang 9 Julai 2016" itulah kata-kata dari Ezrin ketika dihubungi Harian Metro.

Dalam perkembangan terbaru, Ezrin dalam statusnya di twitter mendedahkan dia telah mengambil keputusan menyaman bekas tunangnya untuk menuntut ganti rugi di atas persiapan perkahwinan yang telah dibelanjakan.


"Lelaki pun ada hak dan maruah"


"Bukan nak minta simpati"


Tuntut wang yang telah dibelanjakan

kredit: @ezrinmn




Powered by Blogger.