Header Ads

'Perempuan baru lepas bersalin ni lain sikit perangainya' - Komen Anzalna kontroversi Aliff Aziz

'Perempuan baru lepas bersalin ni lain sikit perangainya' - Komen Anzalna kontroversi Aliff Aziz


Apabila media mendedahkan wanita yang ditemui bersama suami Bella Astillah, Aliff Aziz di sebuah pusat karaoke adalah adik kepada pelakon terkenal, ramai yang meneka gerangan wanita tersebut adalah Afifah Nasir, adik kepada Anzalna Nasir.

Walaubagaimanapun, dalam penjelasnnya kepada BH Online, Afifah mengatakan perjumpaan bersama Aliff itu adalah atas urusan produksi.

"Saya masih terkejut. Kenyataan yang dikeluarkan tidak betul. Pihak produksi mengetahui perkara sebenar dan mereka akan mengeluarkan kenyataan.

"Saya sedar ramai yang menyalahkan saya sekarang. Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi ulasan lanjut.

"Apa yang pasti, saya tidak akan membuat perkara yang menjatuhkan nama sendiri dan keluarga,"

Sejurus berita tersebut tular, Afifah yang mengetahui namanya dikaitkan dengan kejadian itu dilihat menutup ruangan komen akaun instagramnya mungkin untuk mengelakkan netizen dan peminat terus membuat serangan dan spekulasi kepada dirinya.

Dalam pada itu, Anzalna Nasir pula memberikan komen yang telah membangkitkan kemarahan netizen.

Sumber: Beautifulnara,com

Mungkin berniat untuk untuk mem"back-up" adiknya namun akhirnya mendapat kecaman netizen. Antara komen-komen netizen.

Sumber: Beautifulnara,com

Sumber: Beautifulnara,com

Walaupun ramai wanita baru bersalin mengalami sakit "meroyan", namun, komen Anzalna tersebut tidak kena pada tempat dan situasi yang berlaku.

Sumber: Bharian, Beautifulnara



Powered by Blogger.