Header Ads

'Pinggan viral' - Bahaya untuk jangka masa panjang terutama kanak-kanak, wanita hamil dan bayi

'Pinggan viral' - Bahaya untuk jangka masa panjang terutama kanak-kanak, wanita hamil dan bayi



"Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung."


Itulah antara risiko jika menggunakan pinggan bercorak murah yang tular kebelakangan ini menurut Pensyarah Kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya, Dr Nor Asrina Sairi.

Tambah beliau lagi, kebanyakan pinggan mangkuk, piring atau gelas yang mempunyai warna dan kemasan cantik seperti ini mempunyai kandungan logam berat plumbum (lead) dalam penghasilannya.

Oleh kerana sifatnya yang bertoksid, ia kurang sesuai digunakan untuk menghidangkan makanan atau minuman.

"Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,"
katanya kepada mStar Online.

Beliau juga menyarankan agar pinggan mangkuk tersebut hanya digunakan sebagai perhiasan sahaja dan elakkan dari digunakan sebagai bekas makanan.

Menurut beliau, masih ramai yang tidak mengetahui kemasan pada pinggan mangkuk mudah terhakis apabila suhu panas atau bertindak balas dengan asid, menyebabkan plumbum akan masuk ke dalam badan manusia dengan cara meresap dalam darah, berkumpul dalam tisu dan seterusnya membawa kepada penyakit serius dalam jangka masa panjang.

"Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.

"Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,"

Pinggan mangkuk seramik bercorak seperti dalam gambar tular dengan orang ramai menyerbu Pasar Seni dan beberapa lokasi lain semata-mata untuk mendapatkannya yang dijual pada harga serendah 50 sen.

Nor Asrina berkata agak sukar untuk mengesan kehadiran atau amaun 'lead' pada sesebuah permukaan dengan mata kasar.
Sumber: mStar

Powered by Blogger.