Header Ads

"Saya jarang sekali bawa anak² ke rumah orang." - Isu teguran Chef Wan adab beraya

"Saya jarang sekali bawa anak² ke rumah orang." - Isu teguran Chef Wan adab beraya


Perkongsian oleh Puan Zeeda Aziz mengenai teguran chef selebriti no.1 negara, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang baru-baru ini ada menulis tentang tingkah laku sebilangan ibu bapa yang tidak pandai mendidik anak-anak mengenai adab ketika bertandang ke rumah orang. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri, namun apa yang baik wajar kita contohi. Baca lagi...


Anak tak pandai beradab di rumah orang?

Post Chef Wan menjadi perbincangan hangat di media sosial. Ramai bersetuju dengan pendapat beliau. Namun ada juga yang tidak.

Anak² saya mungkin termasuk di dalam kumpulan kanak² yang disenarai-hitamkan dari menziarahi rumah orang. Semua benda mereka nak usik. Curious tak sudah.

Dulu ada juga saya bawa anak² ke rumah kawan². Melihat dari air muka tuan rumah, saya cepat² minta undur diri. Lebih² lagi tuan rumah yang ada banyak barang perhiasan kaca atau tidak mempunyai anak. Kerut kening depa tu nampak sangat marahnya.
loading...

Reaksi beginilah buat anak² saya bakal jadi mangsa melepas marah. Dicubit, dibebel. Kadang² tu kena juga piap. Dek kerana nak jaga hati tuan rumah yang sekali sekala kita jumpa, anak pula jadi mangsa.

Sekarang ni saya jarang sekali bawa anak² ke rumah orang. Biarlah orang terasa atau mengata saya ni anti-sosial ke apa. Yang saya sayangkan adalah hubungan saya dengan anak². Mereka adalah harta saya, dunia akhirat.

Rumah saya pun saya hias seminima mungkin. Kalau kawan² datang bawa anak kecil, saya maklumkan lebih awal yang rumah ini mesra kanak². Diorg nak punggah ke, tunggang terbalikkan barang ke, ikut suka. Let kids be kids. Takde protokol atau formaliti di rumah Aunty DD.

Kehadiran anak² kecil di dalam rumah membawa seribu rahmat dan rezeki. Saya cukup suka bila kawan bagi feedback "Eh babe, anak aku asyik tanya bila lagi nak pi rumah Aunty?"

Andainya anak² member bagi respon sebaliknya, hat tu yang buat saya resah. Awat depa tak suka? Aunty tergarang ka?

Agaknya sebab child friendly la kot, mai si kecik sorang lagi. Nampak gayanya sentiasa meriah la rumah ni. Meriah dengan bebelan mami yang tidak berpenghujung, hilai tawa mereka, dan sesekali kedengaran bunyi budak nangis sebab tak mau baca buku..haha.



Powered by Blogger.