Header Ads

'Saya masih sayangkan Aliff... dia tidak sengaja cederakan saya'

'Saya masih sayangkan Aliff... dia tidak sengaja cederakan saya'


Siapa sangka, di sebalik semua yang berlaku, Isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah mendedahkan yang dia masih lagi menyayangi suaminya itu.

Malah, Bella juga mengatakan yang dia tidak berhasrat untuk berpisah dengan suami.

“Saya masih sayangkan Aliff!” Kata Bella kepada wartawan mStar Online.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 23 menjelaskan bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada suaminya seperti kaki pukul itu tidak benar. Tambahnya lagi, Aliff juga tidak pernah mengasarinya selama tempoh perkahwinan mereka sejak diijabkabulkan pada 9 September 2016.

“Saya tidak terfikir untuk berpisah dan masih sayangkannya malah Aliff tidak pernah memukul saya seperti yang hebat diperkatakan sejak semalam.
loading...

“Sebaliknya apa yang berlaku pada hari kejadian hanyalah pergelutan dan dalam situasi itu secara tidak sengaja dia mencederakan saya,” katanya.

Menurut Bella lagi, apa yang mereka lalui kini hanyalah disebabkan kehadiran orang ketiga yang cuba merosakkan kebahagiaan mereka.

Bella turut mengakui Aliff seorang bapa yang baik kepada anak mereka iaitu Mohamad Ayden Adrean yang dilahirkan pada 8 Julai lalu.

“Sepanjang kahwin, dia tak pernah pukul saya malah dia juga bertanggungjawab terhadap anak kami,” menurut Bella lagi.

Dalam perkembangan terbaru Aliff dilaporkan sudah dibebaskan dari tahanan Polis bagi membantu siasatan sejak Jumaat lalu. Namun Bella masih belum dapat bertemu suaminya kerana berada di hospital.

Sumber: mStar Online

Powered by Blogger.