Header Ads

'Sudah banyak kali 'kantoi', saya dapat tahu ada wanita lain ketika sarat hamil'

'Sudah banyak kali 'kantoi', saya dapat tahu ada wanita lain ketika sarat hamil'


KUALA LUMPUR: Isteri pelakon Aliff Aziz, 27, Bella Astillah mengesahkan dikasari oleh suaminya dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang semalam.

Aliff dilaporkan ditemui bersama seorang wanita yang juga didakwa seorang pelakon. Dalam kejadian tersebut, berlaku sedikit pergelutan sehinggakan Bella mengalami kecederaan di muka dan lutut.
Bella ketika dihubungi wartawan Harian Metro mengatakan ini adalah kali pertama dia dikasari suaminya iut.

"Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya.

"Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu.

"Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut,"
katanya.

Tambah Bella lagi, itu bukan pertama kali suaminya didapati 'kantoi' menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut yang juga adik kepada seorang pelakon wanita terkenal.

"Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu.

"Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati alif lagi tetapi dia tidak peduli.

"Malah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Aliff yang mencarinya.

“Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp,
” katanya.

Bella turut mendakwa wanita itu sering mengganggu suaminya di set penggambaran drama ketika mereka menjayakan drama Izinkan Aku Mencintaimu.

"Ramai kru mengadu wanita ini menggoda suami saya. Bukan niat saya mahu menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku ini memang tidak patut.

"œSebagai wanita, dia sepatutnya faham status Aliff dan keadaan saya yang masih berpantang,"
€katanya lagi.

Aliff Aziz dan Bella melangsungkan perkahwinan pada November tahun lalu dan baru menimang anak lelaki berusia 20 hari.

Sumber: Harian Metro


loading...




Powered by Blogger.