Header Ads

Hasrat nak tambah cawangan, pisau hinggap di kepala

Hasrat nak tambah cawangan, pisau hinggap di kepala


Gara-gara menyuarakan hasrat mahu berkahwin lagi, seorang warga emas berusia 55 tahun ditetak isterinya menggunakan pisau pemotong sayur.

Dalam kejadian lebih kurang 1 tengah hari di rumah mereka di Kampung Manerk Urai Lama, khamis lalu, lelaki tersebut menerima 15 jahitan setelah ditetak di kepala, dahi kanan dan lengan kanan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj, isteri mangsa yang berusia 56 tahun bertindak diluar jangka setelah suaminya memberitahu mengenai hasrat untuk menambah cawangan.

"Ketika kejadian mangsa sedang baring sebelum isterinya bertindak mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan terus menetak suami.
loading...

"Terkejut dengan tindakan isteri, mangsa terus melarikan diri dengan keluar rumah," katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro.

Mangsa kemudian dihantar ke Klinik Manek Urai untuk menerima rawatan. Namun, tiada tangkapan dibuat apabila mereka dilaporkan telah berdamai.

"Bagaimanapun, tiada laporan polis yang dibuat dan kedua-dua mereka kembali berbaik," katanya.

Sumber: Harian Metro

Powered by Blogger.