Header Ads

'Maafkan saya kerana benarkan si Dia pegang tangan saya' - Afifah dakwa jadi mangsa keadaan

'Maafkan saya kerana benarkan si Dia pegang tangan saya' - Afifah dakwa jadi mangsa keadaan



Pelakon yang menjadi mangsa cemuhan Netizen dalam kontroversi Aliff Aziz, Afifah Nasir dalam sidang media yang diadakan hari ini tampil memberikan penjelasan dari pihaknya.

Afifah mendakwa dirinya menjadi mangsa keadaan dan dijadikan 'kambing hitam' pihak produksi penggembaran drama lakonannya bersama Aliff.

Menurutnya, pihak produksi meminta dia untuk berbuat baik dan memujuk Aliff supaya memberikan kerjasama kepada kru pengembaraan apabila Aliff dikatakan tidak berdisiplin sepanjang sesi penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu itu.

"Saya menjadi mangsa keadaan dan dianiaya. Semua yang berlaku adalah perancangan pihak produksi yang mahu saya memudahkan kerja mereka.

"Pada mulanya pihak produksi mencadangkan kami tinggal di homestay bagi memudahkan proses penggambaran tetapi saya menolak kerana mahu pulang ke rumah.

"Disebabkan itu, mereka meminta saya terus berbuat baik dan melayan Aliff supaya dia tidak buat hal. Malangnya ini yang berlaku,


Tambah Afifah lagi, dia kesal dan terkilan apabila pihak produksi menjadikan dirinya 'kambing hitam' sehinggakan dia dikecam teruk netizen dan turut dituduh perosak rumah tangga.

"Saya rasa bodoh sangat sebab dengar cakap orang. Sepatutnya saya tidak ikut kemahuan mereka tetapi saya kasihan melihat penggambaran ini yang sering tertangguh.
loading...

"Saya juga ada bertengkar dengan Aliff berikutan masalah yang ditimbulkannya. Malah, saya juga pernah bemasam muka dengan Aliff kerana sikapnya itu yang menyusahkan seluruh kru produksi,


"Masing-masing lepas tangan apabila diminta untuk menjelaskan perkara sebenar. Akhirnya saya yang tersepit dan dipersalahkan sebagai punca semua masalah yang berlaku.

"Saya mengadakan sidang media ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi mahu menjernihkan keadaan.


Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan Bella mengenai hubungan cinta dengan Aliff, Afifah menafikannya.

"Saya akui bersalah kerana membenarkan Aliff memegang tangan saya. Saya memohon maaf atas apa yang berlaku. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini,"katanya.

Afifah juga mengatakan sekiranya pihak Aliff masih tidak berpuas hati dengan penjelasannya, dia tidak ada masalah untuk mengemukakan bukti lain.

Sidang media Afifah yang diadakan  di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur itu menjadi tumpuan peminat dan wartawan hiburan apabila ramai ingin mendengar penjelasannya selepas dua minggu berdiam diri berhubung kontroversi tersebut.

Sumber: Harian Metro


Powered by Blogger.