Header Ads

'Tengok baby bump pun boleh teransang' - Ini sebab kenapa wanita perlu berhati-hati... takutnya

'Tengok baby bump pun boleh teransang' - Ini sebab kenapa wanita perlu berhati-hati... takutnya



Nafsu lelaki sudah sekian lama diketahui mempunyai daya kreatif. Seorang lelaki mampu berfantasi dan berimaginasi dari apa sahaja yang diluar fikiran seorang perempuan.

Malah, syahwat mereka juga boleh muncul pada bila-bila masa walaupun untuk alasan yang paling mudah. Perkongsian Puan Nurul Azni Md Yusof menunjukkan perkara yang tidak masuk akal mampu meransang syahwat seorang lelaki. Wajarlah seorang wanita itu berhati-hati dan mengambil pengajaran darinya.

Semudah itu ke lelaki boleh teransang? Tengok baby bump pun?

Seorang rakan telah menghubungi saya melalui WhatsApp dan bertanya soalan ini. Beliau juga mengirim keratan dari laman web UZAR daripada kiriman pembaca lelaki yang berbunyi,

"Orang lelaki boleh naik nafsu untuk seks adalah pada bila bila masa dan mampu stim dengan alasan yang simple sahaja, so korang kena jaga betul betul bila berurusan dengan orang lelaki."

Honestly and truely the answer is yes.

Kena tegas?
Tak boleh senyum?

Rakan tadi bertanya..

Tidak perlu sampai begitu. Kita sebagai perempuan berurusan saja seperti biasa. Tanpa perlu melunakkan suara apatah lagi bahasa badan yang menggoda. Dalam biasa tu juga kita perlu berjaga-jaga, mungkin ada masa kita tidak perasan dengan pergerakan kita. Bagaimana kita duduk, membongkok, berjalan, mencapai barang di tempat tinggi dan macam-macam lagi. Boleh saja suka dilihat oleh lelaki.

Barangkali ada yang berbunyi, "macam tu pun boleh suka?"

Hati orang bukan boleh diteropong diintai. Sebagaimana kita sukar menjelaskan kenapa kita suka dan tertarik dengan seseorang tu. Begitulah juga.

Kerana kita ni perempuan memang sentiasa indah di mata lelaki. Walaupun kita rasa kita ini tidak seindah mana.

Semasa di universiti dulu ada terbaca pengakuan seorang lelaki bujang di satu laman web tentang betapa seksanya dia menahan nafsu dengan cara pemakaian perempuan. Sehingga satu tahap memang sakit kepala kerana tidak boleh dilepaskan. Maka, lelaki tersebut memohon agar kaum perempuan agar menjaga pakai, jaga kelakuan dan lain-lain.
loading...

Semasa berLDK dalam TOT untuk satu program universiti, seorang kawan perempuan bertanya kepada kawan lelaki dalam kumpulan kami tentang apa yang pertama kali lelaki suka tengok pada perempuan. Dengan jujur dan segan-segan (sebab kena paksa) dia memberitahu kami semua, bila berhadapan yang mula-mula menjadi tarikan adalah buah dada dan sekiranya di belakang adalah punggung. Ketika itu walaupun tudung yang saya pakai memang telah melepasi paras yang sepatutnya, masih terasa nak tarik-tarik ke bawah lagi.

Sekiranya perempuan nampak apa yang lelaki nampak, pasti setiap perempuan akan keluar dalam keadaan berselimut. Suami secara jujurnya mengatakan ketika kami berbincang tentang hal ini.

Betapa indahnya Islam dalam melindungi kita sebagai wanita. Semuanya kerana Allah sangat menyayangi kita. Perintah menutup aurat sama sekali bukan untuk menyusahkan. Bukan tentang baby bump saja.

Ya Allah, ampuni kami yang sering culas menjaga amanah ini.
Ya Ghaffur, ampunkan wali kami (ayah, abang, adik lelaki) dan suami kami sekiranya mereka terlupa menegur kami. Mungkin saja kerana kedegilan kami sendiri.
Ya Rahim, bantu kami menjadi khairunnisa (sebaik-baik wanita) yang dilengkapi dengan khairatun hisan (sebaik-baik akhlak) dan menjadi qurratun a'yun (penyejuk mata) keluarga kami.
Biarlah tangan yang menghayun buaian ini bisa menggegarkan dunia dengan perkara-perkara yang Engkau cinta bukan sekadar yang kami suka.

Peringatan untuk diri sendiri.
Semoga bermanfaat.
Mohon maaf.

Salam dhuha 11111438.

Isteri Tuan Anas.
Bukan siapa-siapa.

Powered by Blogger.